Saturday, July 17, 2010

Inilah Hiburan (Malam Kesenian Islam)...

Salam and Peace \0/ be Upon You....




16/07 telah dianjurkan satu majlis yang dipanggil
Malam Kesenian Islam bertempat di MPH Uniten..

Majlis yang agak mantop pernah dianjurkan oleh kelab uniten.. bersyukur jugalah coz majlis2 macam ni dapat dibuat di uniten.. coz aku taw, bukan senang nak manage majlis2x mcm ni disebabkan mebi ianya bukan seperti GiGs!.. tp segala usaha dan ikhtiar yang mereka telah lakukan tuk menarik minat orang datang contohnya mewajibkan tuk budak2 amek subject agama datang telah membuatkan majlis2 ni meriah .. Hihi.. kalaw tiada korg xtaw la jadi ape. ..

Ektuly aku pun bersyukur la sangat2x coz doa aku Allah kabulkan.. tiap2x malam aku bdoaa.. "Ya Allah.. jadikan aku antara pengunjung setia rumah-rumahMu serta majlis-majlis agamaMu" Allhamdulillah..... malam tu dapat pergi ke majlis ni atas kehendakNya kalaw x..confirm dah merayau g mana2..


Artis2 yang perform malam tu punnnn bestttttt!!!!!!! student2 Uniten yang perform pun mantap.. tp hari tu jugalah 1st tyme aku tgk seniman-seniman tanah air perform depan mata.. hihihihi.... i really2 do like HALIM YAZID... haha. nilah 1st tyme dapat tgk dorg perform depan mata coz before this tgk beliau kat TV only especially tyme beliau tour g Korea (for sure Oversea la) if im not mistaken.. hehe ...












for Nazrey Johani.. usaha dia tuk buat sekolah kat Sabah tu mmg idea2 sangat2 best.. tp aku taw, sekolah tu memerlukan dana yang amat2 dan teramat besar bagi projek yg bernama "Sekolah" coz location d kaki gunung. so highly cost nak meratakan tanah tu.. same like kes MRSM KOKI laaaaa... bajet habis dalam part meratakan kawasan bukit. hihi....... then .. part dia ckp "kalaw datang sabah.. start from TAMPARULI till KUNDASANG jangan terkejut nampak banyak signboard CHURCH".. itu sememangnya benar!! ... semoga usaha murni beliau akan terlaksana dan dibukakan jalan + dimudahkan segala urussann.. amin...




harap2.. event2 camni terus aktive.. thx to the club.. and 4 bollah and syuk.... video korg mmg KAW! hahaha..


SALAM....
Share/Bookmark

Tuesday, July 13, 2010

Persiapan Untuk Malam Pertama..

Salam and Peace be Upon You...

Kali ni aku berminat la ngan entri ni dari iLuvIslam.com coz.. zaman skunk.. orang mcm x pandang pape dah bab mati nih. hurm.. maklumlah. dah cukup amal jariah kot.. or mebi dah buat sedekah tuk 7 generasi ke.. hihi.

Budak-budak remaja zaman skunk pun Happy Go lucky je kan? hihi.. siap enjoy sini sanaa.. then upload gambar kat facebook (diri ini tidak terkecuali). hihi.. Isgtighfar la wahai sahabat.. zaman skunk orang yang sehat pun esok lusa kita dengar berita dah meninggal.. hurmm.. so.. renungkan la entri ni..

COPYRIGHT FROM iLuvIslam.Com....



Bagaimanakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti;

Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: lisam

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?



Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Share/Bookmark

Beritahu Pada Muslimah

Salam and Peace be Upon you
Again.. entri kali ni .. sumbernya dari iLuvIslam jugakk. dunoo y.. kali ni ak lebih tertumpu kepada artikel2 bout muslimah.. hurmm.. sama2 kita renungkannn! smoga dapat manfaat bersama..

COPYRIGHT PROPERTIES FROM WWW.ILUVISLAM.COM




Beri
tahu Pada Muslimah

www.iLuvIslam.com
saiful_ilham
editor : IskethaykaL



Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Share/Bookmark

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Salam and Peace be Upon U.... sekadar perkongsian artikel copyright from iLuvislam.com... artikel ni ada betulnya.. insyaAllah.. semoga kita dapat manfaat darinya bersama-sama.. = )

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

www.iLuvislam.com
oleh : everjihad


*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah

bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.

Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...



Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Share/Bookmark

Saturday, July 10, 2010

Laluan dalam Kebingungan..!





Assalammualaikum and Peace be Upon you..


Baru-baru ni......... diri ini telah melangkah ke alam baru.. Degree Perhaps... !! Syukur Alhamdulillah.

Sejak dapat result foundation last trisemester lagi .. aku dah rasa yang subject2 degree ni mebi extraordinary hard 4 me and 4 other peoples.....err (senang kot)...hik3....

Tyme add drop session pun member-member kecoh.. kononnya nak drop subject nilah.. itulah.. *drop means dibawak ke SEM depan.. Waaaaaa!! aku pun naek panic laaaaaaaaaa! ak xtaw pape lagi pasal subject2 ni.. dah la sum of the lecturer x masuk kelas lagi.. SOBS! banyakk sangat benda lalu lalang dalam kepala nihhhhh! :::
  • DE tu apaa?? just blaja Derivatives je ke?? HAHA!
  • CSEB tu pulak?? blaja nak buat SOFTWARE ek???
  • Caluculus pulak?? ohhhh! Sem ni aku blaja 3D
  • Circuit Analysis pulak??? ohh.. aku blaja pasal circuit kot sem ni.. cara nak kira resistance dalam circuit la agaknya...
Syukur alhamdulillah.. sesungguhnya Allah s.w.t itu membuka jalan buat hamba-hamba yang dalam kebingungan asalkan berdoa & memohon petunjuk dariNya..InsyaAllah..
  • Tanya Dr Rosmiza (X-advisor) -- > x payah tukar pape tuk sem nih (tuk pertama kalinya aku jumpa adivisor aku tyme foundationn.. hihihi.. dia sangat la baik.. and sangat2 menantikan kedatangan aku. sori Dr.. =(
  • Tanya Dr A. Burn (DE lecturer) --> kalaw nak drop.. drop la Advance Calculus kata beliau.... tp kalaw x drop pun its0kay! should be no problem....
  • Tanya Senior Baaiiiii (Dean's List Student) --> tuk 1st year student x payah la drop2 dlu.. tuk 2nd year baru add/drop....
  • Tanya PARENTS --> Kena marah lagi adalahh!!! ahaahhaha TQ! mama... =)
So diri ni punn.. mengambil langkah tuk tidak mendropkan pape subject.... ngeeee!!!!

tp ramai gak member2 yang drop CSEB . hihi.. so ak bertanya la kat Baii.. bout subject ni.. so mengikut pandangan otak dia.. subject ni mmg susah.. coz we learn bout computer language and you need to memorize the words.... hik3... soo.. bagi aku yang x drop sub ni tuk sem ni.. mmg aku kena jadi Geek la.. hahaha..



Thx kpd lecturer+member+family .. yang x jemu-jemu bagi nasihat..... semoga Allah akan membalas jasa korang semua dengan berlipat-lipat kali ganda..



Aku HOMESICK lagiii!!!!!!!!!! tp bcoz benda nihhh! dammnnnn u phonee! HAHA! korang berdua mmg tervaek. tp yang ak guna ni (nokia black and white @ CSL) lagi terbaekk. hik3..











Share/Bookmark

Wahai Saya bin Ibu Saya



Assalamualaikum and Peace be upon You!

Dah lama x conteng blog neyhh ..Hell Yeahh... Oppss!!
ektuly dalam posting ni cuma nak gtaw yang ana sangat SUKA posting from 1 of my favorite website which is OH! ISLAM.....

Hati sangat sebak tyme baca posting ni... and bulu roma pun meremang.. *sigh... orang ditarik nyawa sekarang x kira masa dikk.. ada yang tengah buat maksiat & ada yang tengah beribadat kepadaNya.. MasyaAllah..... then dalam posting Oh! islam tu kalaw korg smpt baca 1 comment pembaca .. (dia x taw pun masa dikebumikan *bacaan tahlil.. si mati akan di BIN nama ibunya).. MasyaAllah.... nampak sangat ilmu keduniaan lagi diutamakan skarang nih...

Tp syukur alhamdulillah Oh! Islam sedikit sebanyak bagi lesson or kesedaran buat kami semua..

and.... thanks to Oh! Islam coz banyak bagi kesedaran tuk diri ana.. hidup di perantauan ..errr means away from ur parents bukannya senang kann? hiihii....

kalaw kat sabah (umah) best je.. asal buat silap, ada orang tegurkan.. ada orang nasihatkan.. and ada org brain wash kan.. tp tyme kat sini (KL) sendiri maw ingat la kannnnnn??? hik3.......

Aku pun mula merinduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......... *Home Sick!

kalaw kat sabah.. EVENT!2 camni selalu je ada.... at least once a weekk.. so secara x langsung.. sekali seminggu tu timbul jugaklaaa kesedaran dalam diri.. kalaw kat KL.. umah siapa ana nak kunjung? Alhamdulillah.. masjid uniten still ada.. so tiap-tiap malam jumaat boleh la ana p masjid tuk berjemaah membaca Yassin untuk disedekahkan buat roh-roh muslimin & muslimat serta utk kesejahteraan umat Islam buat masa ni.. InsyaAllah..then at least K-E-S-E-D-A-R-A-N tu mesti di update seminggu sekali.




Cuti 3 minggu betol2 bermakna buat diri iniiiii.. nGeeeee!!!

Share/Bookmark