Tuesday, July 13, 2010

Beritahu Pada Muslimah

Salam and Peace be Upon you
Again.. entri kali ni .. sumbernya dari iLuvIslam jugakk. dunoo y.. kali ni ak lebih tertumpu kepada artikel2 bout muslimah.. hurmm.. sama2 kita renungkannn! smoga dapat manfaat bersama..

COPYRIGHT PROPERTIES FROM WWW.ILUVISLAM.COM




Beri
tahu Pada Muslimah

www.iLuvIslam.com
saiful_ilham
editor : IskethaykaL



Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Share/Bookmark

No comments: