Sunday, November 6, 2011

Pagi Raya Qurban

As'Salam


Pagi tadi aku bangun 'awal' utk prepare gi solat sunat raya aidil-adha. Planning aku ialah pegi solat kat masjid sg. merab tempat member2 yang lain. Dalam kul 7.00 pagi tu aku dah siap2 ngan baju melayu & seluar jeans serta harum haruman. Pastu hupdate2 fb sket, maklumlah beraya di perantauan, x byk sgt kerja pagi-pagi nih. hik3 7.45 tu gerak la gi SM.

Sampai rumah tu mereka pun (Din ngan Arafie) dah bersiap2 and prepare utk ke masjid.
Alhamdulillah kami sempat solat sunat berjemaah dengan penduduk SM nih.
Kutbah Raya pun boleh tahan syahdu, antara isi-isi penting Bersyukurlah Malaysia ni masih aman damai... =) HEHE.... Lepas bersalam-salaman dengan jemaah masjid kitorg start kereta then cari kedai makan.

Mak aihh, bukan main susah lagi nak cari kedai makan di pagi raya nih. Kedai mamak pun bukan semua bukak. Last-last ktorg setuju cari kedai mamak area Putrajaya. Alhamdulillah masih ada kedai mamak yang bukan . tehee.. ktorg pun memuaskan la nafsu makan masing.=)

Time nak balik tuh, ktorg jumpa kereta-kereta classic yang ntah muncul dari mana. tau2 dorg semua dah parking. aku sempatlah snap sepic,duapic gambar kereta-kereta tersebut...

nih haaaaaaa









Sekian terima kasih =)
Share/Bookmark

SATAY

As'Salam ...


Semalam aku makan SATAY .. al maklumlah tiba-tiba pulak teringin nak makan satay. b4 this makan satay free je kat masjid Uniten time puasa & open house. Hehe.

Di sebabkan selama ni makan free.. soo, x penah la aku amek taw berapa harga satay ni secucuk. Pusing punya pusing area bangi, seksyen 7 B.B.B.. Jumpalah sebuah kedai yang bernama 'SATE URAT KETING' kalo x salah ejaan la. hihi

Harga secucuk sate ni 0.70 sen 'sahaja' ok la kot, sekali sekala makan kan? Last time aku makan harga 0.50 sen lagi. cepat beno naik harga.. haihhhhhh~ so aku order la 10 ringgit bersamaan 14 cucuk sate campur ayam dan daging.

Rasa sate ni boleh la tahan, cuma sate ni terlalu berlemak soo makan 8 cucuk dah mual. Tapi aku gagahkan hati untuk telan semuanya sbb x bagus membazir kan? .. hehe ..

Untuk yang terasa nak makan Satay tu boleh la pi  kat kedai nih..
nih ada gambar sket.

Share/Bookmark

Raya Qurban

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ...


Selamat Hari Raya Qurban 
aku ucapkan buat seluruh umat Islam dan sesiapa jua yang menyambutnya.
Raya qurban tahun ni aku sambut seorang diri di rumah sewa seksyen 7 B.B.B.

Kesian? er.. aku bersykur kerana masih dapat menyambut raya qurban di Malaysia yang aman damai ni. kesian saudara Islam yang lain yang menyambut perayaan ni dalam keadaan x tentu arah seperti di Palestin. Semoga mereka yang gugur itu syahid dan ditempatkan di sisi Allah. Aminn... 

Buat jemaah-jemaah haji yang menjadi tetamu Allah semoga semua selamat pergi dan balik ke tanah air masing-masing dan mendapat Haji yang mabrur...


Harini family aku di kg mcm biasa lah Open House .. rindu mereka! 

Share/Bookmark