Sunday, November 6, 2011

Pagi Raya Qurban

As'Salam


Pagi tadi aku bangun 'awal' utk prepare gi solat sunat raya aidil-adha. Planning aku ialah pegi solat kat masjid sg. merab tempat member2 yang lain. Dalam kul 7.00 pagi tu aku dah siap2 ngan baju melayu & seluar jeans serta harum haruman. Pastu hupdate2 fb sket, maklumlah beraya di perantauan, x byk sgt kerja pagi-pagi nih. hik3 7.45 tu gerak la gi SM.

Sampai rumah tu mereka pun (Din ngan Arafie) dah bersiap2 and prepare utk ke masjid.
Alhamdulillah kami sempat solat sunat berjemaah dengan penduduk SM nih.
Kutbah Raya pun boleh tahan syahdu, antara isi-isi penting Bersyukurlah Malaysia ni masih aman damai... =) HEHE.... Lepas bersalam-salaman dengan jemaah masjid kitorg start kereta then cari kedai makan.

Mak aihh, bukan main susah lagi nak cari kedai makan di pagi raya nih. Kedai mamak pun bukan semua bukak. Last-last ktorg setuju cari kedai mamak area Putrajaya. Alhamdulillah masih ada kedai mamak yang bukan . tehee.. ktorg pun memuaskan la nafsu makan masing.=)

Time nak balik tuh, ktorg jumpa kereta-kereta classic yang ntah muncul dari mana. tau2 dorg semua dah parking. aku sempatlah snap sepic,duapic gambar kereta-kereta tersebut...

nih haaaaaaa









Sekian terima kasih =)
Share/Bookmark

SATAY

As'Salam ...


Semalam aku makan SATAY .. al maklumlah tiba-tiba pulak teringin nak makan satay. b4 this makan satay free je kat masjid Uniten time puasa & open house. Hehe.

Di sebabkan selama ni makan free.. soo, x penah la aku amek taw berapa harga satay ni secucuk. Pusing punya pusing area bangi, seksyen 7 B.B.B.. Jumpalah sebuah kedai yang bernama 'SATE URAT KETING' kalo x salah ejaan la. hihi

Harga secucuk sate ni 0.70 sen 'sahaja' ok la kot, sekali sekala makan kan? Last time aku makan harga 0.50 sen lagi. cepat beno naik harga.. haihhhhhh~ so aku order la 10 ringgit bersamaan 14 cucuk sate campur ayam dan daging.

Rasa sate ni boleh la tahan, cuma sate ni terlalu berlemak soo makan 8 cucuk dah mual. Tapi aku gagahkan hati untuk telan semuanya sbb x bagus membazir kan? .. hehe ..

Untuk yang terasa nak makan Satay tu boleh la pi  kat kedai nih..
nih ada gambar sket.

Share/Bookmark

Raya Qurban

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ...


Selamat Hari Raya Qurban 
aku ucapkan buat seluruh umat Islam dan sesiapa jua yang menyambutnya.
Raya qurban tahun ni aku sambut seorang diri di rumah sewa seksyen 7 B.B.B.

Kesian? er.. aku bersykur kerana masih dapat menyambut raya qurban di Malaysia yang aman damai ni. kesian saudara Islam yang lain yang menyambut perayaan ni dalam keadaan x tentu arah seperti di Palestin. Semoga mereka yang gugur itu syahid dan ditempatkan di sisi Allah. Aminn... 

Buat jemaah-jemaah haji yang menjadi tetamu Allah semoga semua selamat pergi dan balik ke tanah air masing-masing dan mendapat Haji yang mabrur...


Harini family aku di kg mcm biasa lah Open House .. rindu mereka! 

Share/Bookmark

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa ...

Selamat Berpuasa buat umat Islam di seluruh duniaaa......


hei hei.. semalam baru dpt baju telor dibasuh .. ni gambar







Share/Bookmark

Monday, June 20, 2011

DONT LET ROCK DIE!

You say Justin Bieber-I say JIMI HENDRIX
You say Miley Cyrus-I say NIRVANA
You say T-Pain-I say ACDC
You say Flowers-I say Metallica
You say Pink-I say Iron Maiden
You say Hip Hop-i say shut the f**k up
You say Pop-I scream Metal!
You say Hannah Montana-i fucking punch you in the face
92% of teenagers have turned to Hip Hop and Pop.If you are part of the 8% that still listen to real music,copy and paste this message to another 5 videos.DONT LET ROCK DIE!

Share/Bookmark

Sunday, June 19, 2011

Kisah

AKU CUKUP TAK SUKA PANAS BARAN! 

KAU BUAT HATI AKU RASA MACAM NAK HENTAK MUKA KAU SEKALI

Share/Bookmark

Kusut Masai





Fikiranku belum reda dari 
kebingungan menjawab soalan Electronics Analaysis. 

Why i care??
25 % 


Share/Bookmark

Sunday, June 5, 2011

Hari Belia 2011

Gambar-gambar sekitar Hari Belia Negara .. baru mahu menghupdate belog. Hihi





Awek Suzuki Belang 150R 






Spoiler (selipar Jepong)


Share/Bookmark

Outing BM

Semalam Keluar bersama coursemate Bahasa Melayu dalam misi menyiapkan tugasan kumpulan mengenai kesalahan penggunaan Tatabahasa sekitar kawasan Chow Kitt.. =) yahh...  hidup ini mmg tidak boleh lari dari Subject Bahasa Melayu. HAHA ..


Share/Bookmark

Thursday, March 24, 2011

Tq ma...

Hi...

entry dibuat dikala aku sedang KERISAUAN/SUSAH HATI time-time final second sem (tahun pertama) exam nih (ektuly disebabkan carry mark DE yang teruk) ..Sangat2 perlukan my ma untuk bergayut tp skrg kul 4.00 am. Hujan2 di subuh hari ini menambahkan lagi feeel aku utk menulis karya unsung hero ini.=D .


Hari ini bukan bday aku ..  tp 19/03 yang lepas. Soo . tiap2 kali bday confirm akan ada orang yang wish bday boy/girl kan? mebi untuk manusia-manusia di luar sana yang berpacaran confirm bf/gf akan jadi org terawal utk wish bday! hell YES! tp orang yang PALING awal wish aku ialah Mama aku sendiri. fuh...... 
Ini adalah petikan SMS beliau - no editing. - ini yang aku sempat selamatkan dari phone aku becoz phone before this sudah hancus berkecai. =( ..


"Ya Allah sempena Hari lahirnya, Engkau berilah anakku kesihatan, semangat yang jitu, kekuatan mental & fizikal agar kuat menghadapi ujian Mu ya Allah & muliakan dan sayangi dia, berkati diriniya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Makbulkan cita-citanya untuk mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran yang sedang di ikutinya Amin Ya Rabbal Alamin" Umi dan KELUARGA -
Wish untuk 20 tahun punya Bday !



"Ya Allah.. anak yang membaca sms ini adalah anak yang baik, kuat & sabar. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat. Kau rahmatilah setiap langkahnya. Kau berilah dia bimbingan dan petunjuk Mu agar muda dia memahami semua pelajarannya dan berila dia kejayaan yang cemerlang dalam semua pelajaran yang  dihadapinya. Bersihkanlah hatinya.. kau kuatkanlah imannya. Kau peliharalah diri dari fitnah dan hasad dengki. Sempena hari jadinya panjangkan umur dan sihat sejahtera, bahagiankanla hidupnya. Ringankan permudahkan pelajaran yang dihadapinya. Amin.. Salam n doa kami untuk Ijul. Happy Bday 2u" - 
wish 19 tahun punya bday! 


Tiap-tiap tahun mcm ni kecuali kalau aku LIVE ada kat rumah tiada la maen mesej2 mcm nih ... 

Tp selalunya ma akan call dulu before hantar mesej yang panjang lebar ni... hiihii.. 

kalau call tu dia selalu ingatkan JANGAN LUPA MAKAN TELUR REBUS time bday.. aku sendiri pun xtaw kenapa mebi pasal tradition kan? ..









 




DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


time-time Susah & senang mereka jalah yang aku cari... selain bermunajat kepada yang MAHA ESA.. 

p/s Aku yang menulis perihal diatas bukanlah untuk menunjuk or WHATEVER tetapi sebagai memori aku untuk masa depan dan mereka2 yang sudi stalk membaca entri ini Sekian TERIMA KASIH! 





Share/Bookmark