Friday, January 28, 2011

Boss yg memahami =)

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah
boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi
lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati? Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah?! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah?Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!
Share/Bookmark

Kisah Seorang Isteri =)

Kisah seorang isteri

Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.

"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim."Okeh!"kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim."Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker."Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim."Baik bang!"jawab Milah lagi.

Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya."Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius."Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.

"Alah abang ni.."kata Milah mula rasa Halim annoying."Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"

Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur."Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin."Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.

"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang."Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum."MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.

"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"
Share/Bookmark

Guru Tadika

Kalau anak-anak murid mcmni??? haaaa..... 




Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"
Share/Bookmark
JOM RAMAI-RAMAI
500 TAHUN SEKALI
*aku gerak naek bus uniten esok!

Share/Bookmark

Monday, January 24, 2011

Uniten - Melaka...

we ride from uniten - Melaka.. =) ....


   Tarikh keramat  la sangat .. haha  iaitu 22/1/11 aku, irfan, boboy, ngan atif gi Melaka berbekalkan 3 buah motor ber'CC 100 and 125. Pada mulanya tuh plan dalam 5 buah moto tp disebabkan faktor-fucktor yg membuatkan seorang rider yakni Dzulfadli aka Fad x dpt nak ikut dan kebetulan moto atif x boleh nak hold smpi Melaka so kitrong just pergi membawa diri menggunakan 3 motor.

  Aku nak tulis dalam blog ni bukan apa.. just exited lebih coz dpt pergi Melaka for the 2nd time tp yg lebih special tuh aku ride motor beb. PERGI dan BALIK. satu pencapaian la kan? HAHA. bukan nak riak tp aku taw lebih ramai lagi rider2 moto cup ni yg dah travel satu semanjung. amik contoh terdekat Irfan Hamdan housemate aku travel kl-johor... cool tak??  h0h0... tuk pengetahuan korang tuk ride moto cup bawak travel jauh2 ni manyak susahhh woooo...ingat senang ke.? stakat g kl-bangi malam minggu usha awek/minah rempit kat padang merdeka tuh ari2 aku boleh bt. hahahahaha ... Faktor keselamatan jak aku  dah boleh elaborate macam2... faktor-faktor laen? cth angin, motor rosak n etc..

  ktorg x plan benda ni lama2. ktorg start plan tyme 21/1/11 kul 9.00 pm ..  haha. ntah xtaw mcmana boleh kluar idea nak gi Melaka tuk MANDI PANTAI... punya la jauh nak mandi pantai.. PD ada tp nak yg jauh-jauh jugak. Bukan apa oit.. dulu aku dah try nak g PD tp xtaw la bukan rezeki kot bcoz b4 smpi PD aku dah eksidennnn yg effectnya menyebabkan aku terlentang seminggu atas katil dan x pergi kelas .. kui3. pengalaman budak baru belajar naik motor la katakan. hehe.....

 Overall perjalanan mengambil masa 3 jam lebih kot.. coz byk berenti sejukkan enjin moto (maklumlah moto cup je) then tuk panaskan badan .. merokok... ktrong 'LARI' secara PURATA (sometimes 170km/h)  meter motor dalam 130km/h. mebi meter kereta bout 115-120 camtu la.. penat bawak motor tu mmglah penat... tp tyme jumpa pantai pangkalan Balak tu. fuh~... mmg hilang la segala penat lelah. chewaaah~ haha.. pantai ni boleh la tahan. cuma air sedikit keruh mebi bcoz situ laluan kapal kot. boleh nampak lagi kapal lalu lalang dari jauh nun disana. hik3..

  Then ktorg gi la melantak makan malam.. agak murah la jugak. 2 ekor ikan dekat sekilogram plus nasi n air malam tuk ktorg baru spend rm 55 (tada gmbr)... boleh la tahan.. bukan selalu kann???? hehehe..Malam tu ktorg bermalam kat chalet. mula2 nak tumpang masjid or surau tp mcm x berapa baek la pula. lagipun tyme tu ktorg mampu lagi tuk sewa chalet so apa salahnya.. RM60 semalaman. include aircond. tepi pantai mebi 50 meter je jauh dari pantai. mmg puas hati sangat. esoknya.23/1/11 kul 2.00 ptg after lunch ktorg gerak balik ke unite....

so ni adalah gambar2 ktorg. TERIMA KASIH kerana membaca. =)

p/s . gambar2 diambil oleh abe atif menggunakan camera sony model T-77 dan diedit oleh JuL. hak3..



Ni tyme kat Nilai tunggu Boboy ngan Atif .

Berenti kat Nilai jap tuk Panaskan Badan n Isi Minyak

Motor LAJU tukar tiub

Kesuntukan masa so  Boboy bukak sendiri

Ni dah smpai pantai. 

Mcm x pecaya dah smpi. so amek masa tuk pecaya

Tyme tuk mandi.. Warm up dlu

Here we are.. 

Abe menunujukkan skill menanam boboy

nak lemas?? hahaha.

On d way balik nih..

Singgah Pump Station . tp ni poss tgk org isi angin tayar kereta

Sempat layan corner yang x seberapa dengan tayar Duro

Motor Laju 

wave 125S kena titik ngan wave 100R

Perhentian terakhir b4 smpi Uniten. 

Kami bukan Mat Rempit. Peace no War

Peace no war. Bye2..






  
Share/Bookmark

Taman Botani

Dah nak masuk 2 tahun aku duduk Uniten ni.. nilah first time aku gi Taman Botani Putrajaya uh.. Ni pun sebab member2 yang ajak kalo x mebi dah grade (insyaAllah) pun xtaw lagi wujud ke Taman Botani tuh. so basically ktorg gi Taman Botani tuh seramai 5 orang. me, Sya2, Lisa, Fatin, n Bob @ Kutam.

   So boleh tahan best la juga Taman Botani ni... Just bayar RM 2.00 sahaja dah boleh masuk + naek basikal utk  round2 Taman Botani tuh. Almaklumlahhh.. harga dah RM 2.00 basikal yg aku naik pun mmg maintenance mcm haraam lgpun RM2.00 tu bukan aku yang bayar. hehehe ..

   Tuk yg minat photoshoot tu tmpt ni boleh dikatakan best. bagi 3/5 star tuk pemandangan coz banyak tasik beserta air yg tenang dan tiada buaya.. Then kat sebelah Taman Botani ni..  ada pulak WET LAND.. yg ni lagi best tp x dpt pegi lagila. ni lagi ada mcm2 aktiviti cth kayak, maen bot, drag, drift..  hahaha... so tu jelah yg aku boleh bagi review sket psl Taman Botani ni. x rugi la kalo korg pegi just RM 2.00..

P/s ::  Tolong bawak air minuman yg secukupnya + jgn pakai seluar Jeans mcm aku.. sekian .....













Share/Bookmark

Wednesday, January 19, 2011

Ku pinta syurgaMu





Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.




"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)






Share/Bookmark

Sunday, January 2, 2011

arrgghh tabligh

urm. sori la psl title yg agak tutt... ektuly nilah kisah benar2 belaka. jumpa artikel ni kat fb. dan ak mohon share tuk dishare ngan korg2 semua. hehe..


SELAMAT MEMBACA!




ORANG TABLIGH

Orang Tabligh,

Ntah sape la yg bagi nama,

Sedangkan kita sumer kan sama,

Umat Nabi SAW semuanye,

Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,

Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,

x kan la keje ustaz dan ulama saja,

Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu

murtad di Malaysia)

........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama

menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.

Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak

dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah

Syariah yang membenarkan.)



Orang Tabligh,

Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,

Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,

Yg td segar bugar dah tido terlentang,

Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,

Heh..betul la kata orang,

Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.



Orang Tabligh,

Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,

Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,

Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,

Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,

Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,

Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,

Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.


Orang Tabligh,

Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,

Jumpe sumer orang tak pilih bulu,

Dari ustaz sampai le kutu,

Sume nak ditemu,

Nak diajak pd Allah yg satu.



Orang Tabligh,

Jalan bawak periuk belanga,

Dipandang org takat sebelah mata,

Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,

Walaupun kekadang pedih gak telinga,

Nabi dulu2 pun kan selalu kena,

Dituduh dusta, dipanggil gila,

Itu Nabi, apatah lagi kita,

Yg banyak salah,yg banyak dosa,

Takpe2, Allah kan ada,

Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.



Orang Tabligh,

Kekadang buat silap...adat la manusia,

Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,

Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,

Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,

Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.



Orang Tabligh,

Ada kat mana2,

Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,

Dari petani, engineer, sampai la Raja,

Pelbagai adat, perangai beza2,

Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,

Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,

Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,

Nak hidupkan sunnah Nabi,

Janggut, jubah,seluar atas buku lali,

Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,

Kekadang tu kena gak perli,

"Kita skang kan di zaman IT"

"Tak main la sunnah2 nih!"

Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,

Kang menyesal esok, sapa yg rugi?

Kan diri sendiri..



Orang Tabligh,

Manusia biasa, ada hati,

Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,

Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,

Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,

Or ajak anak main lari2,

Or layan PS2 sampai pagi,

Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,

Kena korban lagi dan lagi,

Yela..hidup ni kan cuma sekali,

Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?



Orang Tabligh,

Malam2 doa hidayat,

Fikir risau,camne nak selamatkan umat,

Supaya di akhirat suk semua selamat,

Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,

Tak perlu susah2,tak perlu keringat,

N tak mau plak jumpe masyarakat,

Just bz buat ibadat,

Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,

"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"

Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,

Sape saja yg bawak kebenaran,

Tak kisah la orang Arab ke bukan,

Sume kena bagi sokongan,

Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,

Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,

So x jadik masalah la kan?



Orang Tabligh,

Ajak keluar 3 hari,

"I can't go..sorry!"

Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,

Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,

Berderai2 air mata keluar mcm air pili,

"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"

Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,

Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,

Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,

Kes2 camni mmg byk terjadi,

Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,

Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami

ready!"

Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,

Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,

Wife mana la yg tak happy,

Heh..ni la realiti,

Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,

Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,

Ya Allah selamatkan lah kami!



Orang Tabligh,

Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,

Atau nak berlagak mcm dah tera,

Tak jugak nak kafirkan sape2,

Atau sibuk2 pergi mintak derma,

Cuma nak amalkan agama yg sempurna,

Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,

Nak selamatkan manusia kesemuanya,

Dari kena masuk neraka,

Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,

Itu saja...



Orang tabligh,

Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..

pakai selipar jepun sahaje...

Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....

passport penuh cop many countries..

Ade yang kerja tukang kebun sahaja...

nak tanya nafkah batin?

Balik dari keluar, macam pengantin baru...

sama seperti balik dari fardhu haji........ ..

Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..

sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...

bukan untuk mendera...speed limit sahaja...

kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..

Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori

tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...

Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..

Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...

tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...



Orang Tabligh,

Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..

itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.

You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and

ignorance of their followers.

Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar

received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete

ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.

Global politic & economy with no borders & chauvinism,

M'sian, New Yorkers & Palestinians

duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)


Share/Bookmark

Saturday, January 1, 2011

pernah dengar motul?



hoittt..

aha.. ni aku nak tulis sikit psl minyak motor. alaaa. moto oil! harap2 la korang taw k...

minyak moto oil ni digunakan tuk segara jenis kenderaan mahupun segala jenis benda yg bergerak menggunakan engine. manusia pun ada motor oil like air kosong, teh o ais, tongkat ali & laen2 la. so kalaw kereta biasanya tukar moto oil ikut berapa km dah korg g merayau ngan kereta tu .. lets say 10,000km or whtever n sama jugalah dengan c motor! oleh kerana aku yg kat Uniten ni guna motor superbike (aha! yelah tuh!) so ak akan gtaw info skit2 psl motor oil tuk motor 4 stroke.

motor oil ni ada beberapa kategori, setahu aku lah!!
1. fully sintetik 2. semi sintetik 3. x sintetik langsung . HAHA! /*betulkan ak kalo silap. soo. bagi makhluk2 planet yg nak jaga engine n malas nak pegi service motor tuk kebiasaannya guna yg fully sintetik yg mana kebiasaanya harga motor oil ni dalam lingkungan RM 40 dan keatas.. then bagi yg rajin pegi workshop, bukan nak mengurat anak tokey kedai k, tp nak service motor dorg ni akan guna yg semi sintetik n the price range is between RM20-35 camtu la.. Lepas tu bagi yg asyik memiikir bajet 2020 ni kebiasaannya guna minyak yg x seberapa nak sintetik n harga starting RM10 smpi 16 camtu la.

kebiasaannya para pengguna2 motor ni akan service motor stiap kali mileage meter cecah 1000km (ni tuk2 org yg guna sintetik & x seberapa nak sintetik). bagi yg pengguna fully sintetik tu dorg boleh hold until mileage until smpi 2000km keatas.

urm. dah panjang aku cerita ni, ektuly korg taw x kegunaan motor oil nih?? ektuly motor oil ni utk melancarkan pergerakan2 piston dalam engine korg tuh, at the same time melindungi jglah daripada piston2 korg tu drpd calar. lagi satu, ak ada tips utk korg... kalo korg perasan sticker kat botol motor oil tu selalu ada tulis 20w-50,10w-30 and etc. korg perasan? taw x ni apabenda? ni ektuly viscosity minyak tuh.. means kalo korg guna minyak 20w-50, minyak ni akan tetap berada dalam keadaan pekat (terbaik) sehingga suhu tidak mencecah -20 (winter) and 50 (panas!) faham?? so kebiasaannya semakin jauh range no2. ni semakin mahal la minyak tuh. kekekeke....

harap2 kepada sesiapa yg membaca dapatla sedikit sebanyak maklumat dari aku yg tak seberapa nak sintetik ni.. pesanan dari tuan punya blog. rajin2 la pegi service motor/kereta seblum kenderaan anda tu kondem dan menelan belanja yg amat besar tuk merepairnya. hahaha


oh ya.. nak tunjuk kat korg nilah motor oil yg aku guna. serius bestt! x rugi..
hehe RM 25.00 sahaja







Share/Bookmark

jam tangan haram??

ahaaaa!


Yeah. ektuly jam tangan tu manada haraaamm.. just nak bt tajuk yg urmph sket. hihi

smalam aku kluar ngan Umar g tgk wayang kat Alamanda. tgk movie The Tourist wohoo.. style la movie ni.. style??? haha. movie ni x style (stunt action) mana pon ngan movie angelina jolie sblum like mr&mrs smith. senang cerita movie ni kurang action laa. lebih byk mempamerkan aksi2 eh! ektuly scene2 pemandangan contoh kat Paris n Italy.. tp movie ni mmg memuaskan hati kedua-dua belah pihak antara aku & umar coz.. ak mmg fan angelina jolie ahakksz and then umar pulak kipas susah gler nak mampos band muse (cter ni guna lagu MUSE) then Umar tgk movie ni semata2 sebab MUSE.

ok .... dah jauh menyimpang sampai boleh cerita pasal movie.

back to bussiness, kita cerita psl jam la pulak. kk. tyme kat alamanda smlam sempat lagi ak pegi kedai swatch depan al-ikhsan tu. perghh. masuk-masuk kedai dah nampak gambar jam yg menyentuh sanubariku. chewaah. hahahaha. kalo ko nak tawu ak ni mmg pengikut swatch yg setia since form 3.. haha. pengikut since form 3 pun nak poyo. tp wtever la. jam swatch ni mmg best!! bagi 5star out of 4 star. hik3.. tp malangnya ak berenti memakai brand swatch ni tyme tahun 2010, skunk dah 2011 kan?? u know y,, bcoz jam swatch ak sebelum ni hilang. perhaps! ak salah letak la kan....??!! hehehe.. nak beli pon mahal sgt. jam swatch ak seblum ni pon org belikan. tuk pengetahuan u all, jam swatch ni kalo ada date harga jam tu starting RM 200, tp kalo model tu kecik molek harga starting RM180. mahal x mahal tuH?? kalo ak anak tokey balak mmg murah la!! or anak2 org kaya mcm yg baca blog nih. Har3..

so ak sediakan rentetan gambar2 jam yg telah mencuri hati ku ini. kalo ada2 maw belanja aku swatch .. apalagi!!?? dont shy2 k.. hahaha!


Share/Bookmark